Sunday, April 28, 2013

kursus lagi

Gambar kenangan

16 – 18 April yang lalu saya dan 6 orang lagi guru kaunseling Perlis menghadiri satu kursus pengurusan kaunseling anjuran IAB cawangan  utara. Pada saya, ia satu kursus yang banyak manfaat seumpama mengecas semula bateri yang lama.. ;) Slot kuliah yang menarik dan disampaikan oleh pensyarah dalam bentuk santai tetapi berilmiah (ada yg agak sinis tapi sangat bagus!!).

Bukti keakraban
Kursus ini melibatkan 30 orang guru kaunseling dari negeri Perlis, Kedah dan Penang. Selama 3 hari tu, kami terus menjadi akrab dan sangat mesra. Boleh bergurau senda, berkongsi resepi..ummmp, berkongsi idea terutama dengan guru cemerlang kaunseling dan melakukan aktiviti bersama-sama seolah-olah macam dah kenal bertahun-tahun.. awesome! :D
Peserta Perlis
Tuan tanah :)





No comments:

Post a Comment