Sunday, April 28, 2013

kursus lagi

Gambar kenangan

16 – 18 April yang lalu saya dan 6 orang lagi guru kaunseling Perlis menghadiri satu kursus pengurusan kaunseling anjuran IAB cawangan  utara. Pada saya, ia satu kursus yang banyak manfaat seumpama mengecas semula bateri yang lama.. ;) Slot kuliah yang menarik dan disampaikan oleh pensyarah dalam bentuk santai tetapi berilmiah (ada yg agak sinis tapi sangat bagus!!).

Bukti keakraban
Kursus ini melibatkan 30 orang guru kaunseling dari negeri Perlis, Kedah dan Penang. Selama 3 hari tu, kami terus menjadi akrab dan sangat mesra. Boleh bergurau senda, berkongsi resepi..ummmp, berkongsi idea terutama dengan guru cemerlang kaunseling dan melakukan aktiviti bersama-sama seolah-olah macam dah kenal bertahun-tahun.. awesome! :D
Peserta Perlis
Tuan tanah :)





Friday, April 5, 2013

Catatan Bandung Jakarta - Part 3


Hari Keempat (30 Mac 2013)

8.00 pagi          : sarapan di hotel Smart – makanan biasa2 sahaja
9.00 pagi          : bertolak ke Bank utk tukar wang lagi
9.20 pagi          : sampai ke Tanah Abang – meriah, banyak pilihan barang yg sangat murah. Blause hanya RM15.00 sahaja, jubah, telekung dan pakaian kasual. Di sini saya dan kak shima terpaksa membeli beg pakaian lagi. * sbb terlebih brg belian..*
Akibat terlalu banyak kedai, kami kehilangan kak shurizah sbb dia terlalu excited membeli hingga tinggalkan kami bertiga. Jenuh mencari dia, nasib baik handphone boleh digunakan, kalau tak..hehe
5.00 ptg            : stop shopping sbb kedai sudah ditutup. Semua org berpusu-pusu nak balik dan jalan raya sangat mecet... kami merasa pengalaman dimarahi pengemis sebab tak memberi wang kepada mereka. Rupanya, pengemis hanya akan minta wang dr pelancong sahaja, dan kalau kita mula memberi kepada seorang, maka yg lain akan datang serbu lagi.
6.00 ptg            : makan malam di Pondok Laguna sbb nak mencuba ikan garume berdiri sambil berkipas.. hehe.. masakan sedap terutama pepes ikan.. nyummy!!
7.00 mlm          : shopping lagi, ke Cempaka Mas- sempat membeli kain cotton lagi. Membeli sehingga lampu Mall ditutup, dan pak said terpaksa mencari pintu keluar utk kami.. hehe..
9.30 mlm          :sampai dihotel.. terus tidur *sambil senyum
Vios hanyalah teksi

Shopping di Tanah Abang, Jakarta
Ikan Garume di Pondok Laguna

Hari kelima (31 Mac 2013)

8.00 pagi          : sarapan pagi di hotel
8.30 pagi          : masukkan semua beg2 ke dalam kereta pak said. Bertolak ke Kompleks Mangga 2. Mall yg lebih besar. Shopping lagi. kali ni saya membeli pakaian renang utk anak2 dgn harga yg sangat murah.. berbaloi!
1.00 ptg            : bertolak ke Sukarno Hatta Airport utk check in. Cuak sbb beg terlalu banyak dan terlebih had luggage. Alhamdulillah, semua urusan menjadi mudah. Had terlebih 100 kg tp kami tak dikenakan apa2 tax.. lega!! Lepak2, makan2 sementara menunggu flight delay sbb hujan lebat.
5.45 ptg            : berlepas ke Penang
9.15 mlm          : tiba di Penang Airport dengan selamat. Pun tak dikenakan apa2 tax oleh kastam Malaysia. Alhamdulillah!!
1.00 pagi          : sampai di rumah... yeahhh!!!
Selamat Tinggal Jakarta, next year pulak naa!!