Wednesday, March 6, 2013

Kursus Kepimpinan Pengawas 2013



Seperti biasa, setiap tahun unit kaunseling akan anjurkan Kursus Pengawas/Kepimpinan Pelajar. So, tahun ni, kami buat keputusan  untuk adakan di Damai Park Resort, Merbok, Kedah melibatkan 100 orang pelajar terdiri drpd pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan ketua tingkatan. Bertolak ke sana dengan 3 buah bas pada hari Jumaat 1 Mac dan balik pada 3 Mac.

Yang bestnya, sepanjang Sabtu, semua peserta berada di MSU cawangan Sg Petani untuk menghadiri sesi ceramah dan bengkel yang dikendalikan sepenuhnya oleh pensyarah-pensyarah di situ yang diketuai oleh En Ahmad Syuhardi Kamaruddin. Pada sebelah malam pula, semua peserta di bawa untuk pertandingan bowling sesama mereka di Sejati Superbowl, Park Avenue, Sg Petani, sebagai amali team building bagi semua peserta.

Kelakar, bila semua guru pun turut bermain, bayangkan sudah beberapa tahun tak pernah sentuh bola bowling tu.. agak seksa juga nak strike.. banyak menuju ke longkang saja.. tapi ‘gagah’ main jugak sbb malu dengan budak2.. hehehe..
ceramah & bengkel


bowling dalam sejarah

tuan tanah gembira dapat makan & bergambar

No comments:

Post a Comment