Tuesday, March 5, 2013

jenayah sempurna



Saya nak jadi gangster
Nak mencuri dan merompak
Nak ikut?

Saya curi hati kamu
Kamu curi hati saya
Kita simpan sama-sama

Duduk diam-diam...

Biar mereka tertanya-tanya
Biar mereka pening memikir
Biar mereka kalut mencari

Duduk diam-diam...

Tapi hati itu saya yang punya
Perlu dirujuk kepada saya
Masih mahu membacanya?
Buka lembaran demi lembaran
Cari makna kata sembunyi
Atau hendak dipulangkan saja?


Zeeta: sekadar melihat dan membaca, jangan buat andaian sesat...


No comments:

Post a Comment