Wednesday, September 26, 2012

bertakdir atau ditakdirkan? entah...



Takdir kadang-kadang mempertemukan kita
Dengan sesuatu yang tidak diundang,
Memberi apa yang tidak dirancang,
Memaksa kita mengalirkan air mata kesedihan
Serta membuatkan kita rasa kehilangan...
Namun takdir juga menerpa kita dengan erti
Perkenalan,
Menyulam erti kasih sayang, menanam erti
Persahabatan,
Menghadiahi kemanisan dalam kegembiraan,
Menyemai benih keakraban,
Serta memberi peluang menilai siapa sahabat,
Siapa kawan dan siapa sekadar kenalan,
Yang mengisi ruang dalam episod kehidupan....

sumber: FB

Monday, September 24, 2012

makan samurai



Assalamualaikum...

Lama dah duk mengidam nak makan GCB kat McD
Sampai kesudah tak sempat merasa
Nasib baik tak bawak perut
Kalau tak.. maunya meleleh air liur...
Ish.. memang mudah sungguh terpengaruh dengan iklan
Lebih2 lagi iklan makanan... harus cuba semuanya

Ajak incik suami, dia kata: “ngantuk, nak lena sbb mlm tadi tidur lewat siapkan assignment”
Okkk.. never mind... u tak nak, I pi sendiri.. boleh?
Greenlight diberi, apa lagi...hehehe..

Petang sabtu, lepas sekolah terus berdesup ke alor star
Pi jitra dulu, ajak Z.. * sbb dia lebih arif jalan kat alor star*
Sampai ja McD, terus order 1 set samurai n 1 set happy meal utk Alya
Mari kita melahap dulu ya!!
Yg sedihnya, GCB sudah tiada... tamat riwayat & tak sempat merasa kenikmatannya..
Then tapau 2 bijik samurai, 2 bijik bigmac, 1 filet
Sebagai umpan untuk incik suami atas keizinannya... hahaha...
Kesimpulannya, rasa dia sedap ala-ala daging homemade
Bersos teriyaki..
Sila la cuba!!


Sekian. Terima kasih.




menanti gerimis



Aku sukakan hujan
Sanggup menunggu di tepi jendela
Mendongak ke langit
Mengharap simpati gerimis
Turunlah, basahkan bumi
Biar hati makhluk yang kering
Basah dengan air tadahan darimu

Aku sukakan gerimis
Biar setitik
Sanggup menadah tangan
Demi membasahi tapak tangan ini
Biar sejuk dan reda
Amarah di hati

Menanti gerimis
Semua kenangan tersingkap kembali
Bahagia bersama
Suka dan sayang


Thursday, September 20, 2012

mesyuarat



Assalamualaikum...
Hari ni ada mesyuarat@taklimat program minda sihat
Dalam surat kata mula pkl 8 hingga 5 ptg
Dah cuak jugak
Biaq betui... taklimat apanya sampai petang ni...
Nasib baik kejap ja.. selesai pkl 2 petang

the gangs

bye!!!