Thursday, May 26, 2011

ALAHAI ANAK MAMA......

Alhamdulillah... Allah kurniakan zuriat yang sempurna buat ku..

Nama: Muhammad Azim Nazmi bin Ali
Tarikh Lahir: 27 Jun 2002
Nama: Alya Nashwa bt Ali
Lahir pada 23 Mac 2004
Comelkan pic ni.. mak suke...

Nama: Ammar Khalis bin Ali
Tarikh lahir: 21 Mac 2009





Wednesday, May 25, 2011

WORDLESS WEDNESDAY

Geng baru.. hijau..

 Persiapan mesyuarat

makan-makan

Perabih ja kak ana..

Tunjuk baju baru ke Anizan?

p/s: Mesyuarat kurikulum pada 25 Mei 2011 & Kursus LDP

Nak cuti..

Mama: Abah.. mama nak pi bercuti, boleh?
Abah: nak pi mana?
Mama: Pi Bandung, boleh?
Abah: Bila? Nak pi dgn sapa? Banyak ke duit?
Mama: Pi dgn kak cik, kak Z dan adik Hanim.. hujung bln 4 tahun depan.. (buat-buat muka minta belas ihsan...)

tapi
kak cik dah tempah tiket dah.. (sebenarnya bukan minta izin tp just nak bgtau ja..hehehe.. kejam dak?)


Bandung..
here I come...
dan lagi..


Aku dah teruja...best..best..

Tuesday, May 24, 2011

Ammar nangis..

di suatu petang, budak comel tu main kat luar sorang-sorang.. dia angkut mainan dan main pasir.. 

Bila jemu dia berlari-lari kat laman, tiba-tiba aku dengaq dia nangis kuat.. sambil memanggil nama aku..aku pun keluaq la tengok dia..

Tu dia.. rupa-rupanya


Selepas menyapu minyak, maka mama dia pun ambik gambar dia.. marah betul dia.... hehehe..


Kesian dia...

Saturday, May 21, 2011

C.I.N.T.A

Jika cinta itu ada,
lepaskan ia pergi,
Jika ia pergi,
dan tidak kembali,
ternyata cinta itu tidak wujud sejak awal lagi...

Jika ia kembali,
ternyata,
cinta itu wujud sejak awal lagi..


p/s: jiwa betul la....

Wednesday, May 18, 2011

Tanya Ammar..

Hari ni, pkl 3.08 minit petang, sedang aku gigih study teori  (sbb nak interview KB esok).. aku dpt emel dari Cg Anizan.. dia send gambar aku (as my request la sbb aku tak dak gambar berukuran pasport..). Ammar nampak and then dia kata "Omei" (comel la kot).. terus mama dia kembang semangkuk then tanpa malu-malu aku pun tanya dia....
Aku: Adik! mama "omei" tak?
Ammar: "Omei" jugak..
Aku: "Omei" banyak ka cikit?
Ammar: "Omei" tang ni ja.. 

Tahu kat mana????


Cuba teka.. sedih betui.. anak 2 tahun pun dah pandai  menilai...
Anak sapa la..?
"Anak cikgu kan.."

p/s: Nasib baik ada jugak part yg anak puji, kan..kan?

Guruku..

Surpise di hari guru... nak dijadikan cerita, balik ja dari sekolah pada 16 Mei tu, aku pun e-mel la ucapan hari guru untuk lecturer kesayangan aku.. Dato' Amir Awang, bukan apa just nak wish beliau sebagai tanda terima kasih atas jasa beliau.. tak dak la harapan tinggi menggunung sangat, mana tau beliau sibuk ka.. yg bestnya, beliau balas e-mel aku pada malam tu jugak... Ya Allah.. terkejut, teruja, terexcited.. rupanya beliau masih ingat aku..


Sebenarnya, memang dia ingat pun aku.. hehehe.. sbb beliau selalu sangat emel aku mcm-mcm ingatan, informasi, tazkirah.. aku ja malu-malu nak balas balik.. (jahat tak aku?).. bukan apa.. inferiority compleks aku sgt la tinggi.. (ni kena jumpa Adler ni.. belajar ja teori mcm-mcm, tapi hampeh...).


Aku ni jenis segan-segan gitu.. bukan jenis expose sgt-sgt.. rasa ngeri ja bila bercakap dengan orang yg high level ni.. kalau jumpa Pengetua sekolah sendiri pun aku akan buat u-turn.. hehehe.. apatah lagi org-org kenamaan lain.. (ni kategori fobia  & trauma jugak kot!).

Pengalaman lalu banyak mengajar kita kan?

Anyway, cua baca e-mel ni..
2011/5/16 zita hj zainon <zita_5212@yahoo.com.my>
Assalamualaikum..
Apa khabar Dato' ? Selamat Hari Guru.. Semoga Dato' sihat dan bahagia selalu..
Terima Kasih atas segala ilmu yg Dato' curahkan kepada saya.. hanya Allah yg dapat membalasnya.. Terima Kasih Dato'...........


Maka ini e-mel dato'...

Wa'alaikumussalam Zita,
Lama sungguh tak dengar khabar berita. Zita apa khabar? Tk buat Ph D kah/ Saya alhamdulillah, sentiasa selalu berkat do'a anak-anak buah. Terima kasihlah kerana mengingati saya di hari guru. Saya juga ucapkan selamat hari guru kepada Zita. Zita kerja di mana sekarang? Buat kaunseling atau mengajar seperti biasa? Apa alamat surat menyurat dan hp number?
Saya baru sahaja dilantik sebagai Felo Akademik Insaniah Alor Star. Insaniah nak mulakan program sarjana kaunseling dengan perspektif Islam. Kalau ke Alor Star, singgahlah. Nombor handphone saya masih sama, 012-xxxxxxx. (kena rahsia!)

Sekian. Wassalam.
p/s: Aduhhh... aku dah jiwa..

Hari Guru 2011....

Teruja betul... Hari guru 2011 ni adalah antara sambutan yg terhebat dan termeriah yg pernah aku hadiri.. Sepanjang menjadi guru ni sejak 1998 hingga kini, banyak pengalaman menjayakan dan menjadi ahli pasif pada sambutan perayaan tersebut..

Sambutan 2011 ni aku berada di SMK Dato' Jaafar Hassan, Bukit Keteri.. yg mana dulu-dulunya.. nama sekolah ni pun aku tak pernah dengar waima lokasi pun aku tak tau, tup-tup ditransfer ke SMKDJH.. nasib baik ada bestfriend yg boleh share maklumat.. Cg Anizan..(tu pun dia boleh pesan suruh aku buat-buat tak kenal dia..kejam betui la)..

Apa yang best tahun ni ialah:

1. Perhimpunan yang penuh gimik dan dramatik..

2. Bertema purple...cun giler..

3. Futsal beb.. (cikgu pompuan je!)

4. Cikgu lelaki main bola (acara wajib depa).. should be tahun depan bg depa main bola jaring pulak..

5. Buat roti canai & karipap
6. Sukaneka..

7. Acara makan-makan.... makanan jenuh giler (aduihhh la.. control-control.. ada nasi beriani, sate, pulut kuah durian, kek berbiji-biji (banyak gila!), buah-buahan, puding, roti jala dan macam-macam lagi..

8. Aku & kawan-kawan


Harapan aku semoga hari guru yg akan datang pun best dan menarik macam tahun ini juga.. (nada sedih.. kot-kot tahun depan akan ditransfer ke sekolah lain.. )

Sekian...

Thursday, May 12, 2011

Love, Life & Happiness

Life is short,
break the rules, 
Forgive quickly, 
love truly,
laugh constantly,
and never stop smiling,
No matter how strange life is..
Life is not always the party,
we expected to be,
but
as long as we are here,
we should smile and be grateful...

kredit to john doe..

Jatuh cinta

Kau pernah jatuh cinta?
Kau pernah jatuh kasih?
Kau pernah rasa rindu?
Kau pernah rasa debaran?

Aku rasa jatuh cinta la....