Wednesday, May 18, 2011

Guruku..

Surpise di hari guru... nak dijadikan cerita, balik ja dari sekolah pada 16 Mei tu, aku pun e-mel la ucapan hari guru untuk lecturer kesayangan aku.. Dato' Amir Awang, bukan apa just nak wish beliau sebagai tanda terima kasih atas jasa beliau.. tak dak la harapan tinggi menggunung sangat, mana tau beliau sibuk ka.. yg bestnya, beliau balas e-mel aku pada malam tu jugak... Ya Allah.. terkejut, teruja, terexcited.. rupanya beliau masih ingat aku..


Sebenarnya, memang dia ingat pun aku.. hehehe.. sbb beliau selalu sangat emel aku mcm-mcm ingatan, informasi, tazkirah.. aku ja malu-malu nak balas balik.. (jahat tak aku?).. bukan apa.. inferiority compleks aku sgt la tinggi.. (ni kena jumpa Adler ni.. belajar ja teori mcm-mcm, tapi hampeh...).


Aku ni jenis segan-segan gitu.. bukan jenis expose sgt-sgt.. rasa ngeri ja bila bercakap dengan orang yg high level ni.. kalau jumpa Pengetua sekolah sendiri pun aku akan buat u-turn.. hehehe.. apatah lagi org-org kenamaan lain.. (ni kategori fobia  & trauma jugak kot!).

Pengalaman lalu banyak mengajar kita kan?

Anyway, cua baca e-mel ni..
2011/5/16 zita hj zainon <zita_5212@yahoo.com.my>
Assalamualaikum..
Apa khabar Dato' ? Selamat Hari Guru.. Semoga Dato' sihat dan bahagia selalu..
Terima Kasih atas segala ilmu yg Dato' curahkan kepada saya.. hanya Allah yg dapat membalasnya.. Terima Kasih Dato'...........


Maka ini e-mel dato'...

Wa'alaikumussalam Zita,
Lama sungguh tak dengar khabar berita. Zita apa khabar? Tk buat Ph D kah/ Saya alhamdulillah, sentiasa selalu berkat do'a anak-anak buah. Terima kasihlah kerana mengingati saya di hari guru. Saya juga ucapkan selamat hari guru kepada Zita. Zita kerja di mana sekarang? Buat kaunseling atau mengajar seperti biasa? Apa alamat surat menyurat dan hp number?
Saya baru sahaja dilantik sebagai Felo Akademik Insaniah Alor Star. Insaniah nak mulakan program sarjana kaunseling dengan perspektif Islam. Kalau ke Alor Star, singgahlah. Nombor handphone saya masih sama, 012-xxxxxxx. (kena rahsia!)

Sekian. Wassalam.
p/s: Aduhhh... aku dah jiwa..

No comments:

Post a Comment