Saturday, February 5, 2011

Kepercayaan

Kepercayaan dalam konteks psikologi adalah bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap berkedudukan-memihak (propositional attitude). Manakala dalam konteks agama pula, kepercayaan adalah sebahagian daripada batu asas pembangunan moral. Dalam konteks ini, kepercayaan dikenali sebagai Akidah ataupun Iman.

Adapun kepercayaan itu dikatakan berkaitan dengan sikap berkedudukan-memihak, kerana ia sentiasanya melibatkan penekanan, penuntutan, dan jangkaan daripada seorang individu mengenai kebenaran sesuatu. 

Kebenaran yang dituntut itu mungkin sahih, dan mungkin palsu secara objektif, tetapi bagi individu yang berkenaan ia adalah sahih.

Aku betul-betul marah, kecewa, rasa hampa bila kepercayaan yg aku bagi buat kali kedua dihancurkan..

 Penat.. letih..benci.. bila aku ingatkan kembali.. Aku ingat bila dah berlaku kali pertama, ia tak akan berlaku lagi.. rupanya Allah menduga lagi..

Betul la.. Aku selalu tertanya-tanya bila agaknya Allah akan bagi ujian kepada aku tanda Dia masih ingatkan aku hambaNya yang daif ini..
 Ya Allah... Aku betul-betul marah.. mengigil dan tak tidur semalaman hingga ke pagi...

Bagi aku jika kepercayaan yg aku bagi kali kedua pun diabaikan.. apa lagi yg aku ada...
Aku tahu bahawa hamba Allah itu mudah lupa & lalai bila urusan hidup mereka mudah.. jadi hamba Allah itu ambik mudah juga ttg perasaan aku.. secara berterusan menipu aku.. tak tau dah lama mana aku ditipu.. 
  Ya Allah.... berikan lah kesabaran kepada aku...

Aku bimbang jika kekuatan menahan kemarahan ini akan cair, pasti api kemarahan aku akan membuak-buak, pasti pada ketika itu aku tak akan mampu membendung kata-kata lagi..pasti akan terhambur bahasa yang tidak sesuai kepada hamba Allah itu.. pasti aku akan rasa bersalah kemudian hari... pasti aku akan terhimpit dengan dosa .. pasti aku akan menyesal pada ketika itu.. tetapi..yang pasti pada ketika ini here and now ... aku tgh MARAH.....
  
 YA ALLAH.. aku rasa nak menangis, merintih..


 

No comments:

Post a Comment