Friday, January 13, 2012

Last day at Tok Paq

Hari terakhir di Tok Paq
Perasaan? Berbaur-baur.. sedih ada, terharu pun ada
Kak Rozita bersusah payah arrange jamuan perpisahan untuk saya
Terasa dihargai tetapi pada masa yang sama sangat sedih
Baru 3 tahun di situ, dah kena berubah angin
Baru nak mengenal hati dan perasaan
Terus meninggalkan semua di situ

Memang Perlis tu kecil
Kebarangkalian untuk berselisih di jalanan itu memang ada
Tetapi kebarangkalian untuk tidak bersua lebih besar
Kesibukan, berbeza arah, berbeza event... pun akan mengundang jurang 
Berjanji memang mudah, mengota janji sukar diramal

Terima kasih buat semua rakan & sahabat di Tok Paq
Segala jasa dan sokongan kalian sukar dilupakan
Menerima dan menghargai saya
Memang kalian antara rakan terbaik yang saya miliki
Terima kasih Ya Allah
kerana menghadiahkan kenangan paling manis dalam hidup
Syukur... alhamdulillah...

~Bye bye Tok Paq (1/1/2009-13/1/2012)~

Thursday, January 12, 2012

Bila hati ingin berbicara


Katalah sesuatu
Supaya boleh dijadi penawar
Berilah sesuatu
Sebagai tanda kau ada di situ
Senyumlah selalu
Kerana ia rahmat buatku

Sunday, January 8, 2012

Pondok baru yang comel

Semuanya salah telinga
Dengar Najwa cerita meroyan lebih sikit, aku pun tergoda
Ish... pantang dengar orang ada, aku pun nak
Maka, terus goda Incik suami.. bagitau kebaikan pondok comel
Terus Incik suami setuju.. hehehe... (pandai kan?)
Semua sebab nafsu nafsi (ada dlm kamus Dewan Bahasa tak?)
Laman tepi rumah dah la sekangkang kera
Gagah juga (sila baca erti sama dgn "ada hati") nak buat pondok
(Pondok = Gazebo)
Hehehe.....

Hari ni dah siap
Lepas ni boleh main masak-masak kat pondok comel ni
Siang... boleh lepak & cicah garam belacan kat sini
Malam... boleh tidur baring tengok bulan penuh di langit.. ehem..romantiskan?

Suka hati si tuan tanah
Najwa kata harga kawan-kawan, rasanya murah sikit kot
Apa lagi, terus order satu.. 5x7.. muat-muat ja tempat yg ada..
Jemputla ke rumah ye....kawan-kawan..
Bawak pisang goreng & teh ais... then kita makan kat situ ye!!!

Sekian. Harap maklum.

Saturday, January 7, 2012

Memori daun pisang


Wah.. tajukkkk... gimik ja..hehe
Tiap-tiap hari baca blog orang semua cerita pasai first day anak masuk sekolah
So, aku pun nak cerita pasai first day jugak
Tapi first day aku masuk sekolah darjah satu
Dulu-dulu, first day darjah satu pi sekolah sendiri
Percaya?

Tak lah, aku tumpang kereta orang kampung yg kebetulan anak depa satu sekolah
Tabah betui la ayah aku, tak hantaq langsung
Main kirim aku dekat tok menakan aku “tok cik Chin”
Yang tensionnya, anak dia masuk kelas 1B, aku kena masuk kelas paling ujung 1C
Sebab lambat daftar (ya la, dah dia sibuk urus anak dia dulu, baru daftar aku)

Nasib baik la, my best friend masa tadika pun kena masuk kelas 1C jugak
(sebab dia mai daftar dgn tok wan dia.. mai sekolah dgn gerek tua.. so lambat sampai sekolah la...)
Maaf ye Kak Teh a.k.a Hasneza Che Mat Hassan.. aku tercerita sejarah kau sama..hehehe
Aku relaks ja.. tak nangis pun.. excited gila.. Rupa-rupa aku memang suka sekolah..
ada jodoh dgn sekolah sampai sekarang (kerja gomen)

Kiranya masa sekolah dulu aku memang aktif sejak darjah satu
Kedudukan meja pula disusun ikut kepintaran
Emmm.. barisan pertama la
Then bila darjah dua, baru lompat ke kelas 2A
Masa ni baru buku bertemu ruas, jumpa balik dgn semua geng tadika Kemas Simpang Empat
Meloncat la  kami sbb seronok jumpa otai-otai bising semalaya (termasuk aku la..)

Dari darjah satu hingga enam
Apa-apa event kat sekolah, semua aku bantai masuk
Tarian, koir, pidato, pengacara majlis, bola jaring, bola tampar, bola baling
Kecuali acara lari & tilawah Al-Quran... that’s cannot la..
Tu cerita tahun 1981-1986 (kira-kira puluhan tahun kan?)

So, segala-gala yang berlaku hari ni, kelmarin pun akan jadi sejarah
Berjumpa di sini, berkongsi cerita di sini dan berpisah pun di sini
Pun dinamakan memori kan? (aarrr... daun pisang? Apa kaitan? Entah ...)
Kita akan ingat dan kenang sehingga berpencen 60 tahun kan?
Ya ka? Oh... tidak... tak sanggup la..
Cukup 58 tahun.. dgn harapan masa tu dah jadi Pengarah Pelajaran Negeri Perlis
Ganti Cikgu-cikgu yang duk di jabatan la ni... Grrrr... (nada marah..)

Sekian. Harap maklum.

Monday, January 2, 2012

Teruja nak kerja pada tahun baru

Hahaha.. sikit punya panjang tajuk kan?
Actually, nak bagitau kata si tuan tanah sangat excited nak mula kerja pada tahun 2012 ni.
Motip???
:)
:)
:)
:)
:))
 
Sebagai motivasi untuk bermesyuarat pada hari pertama persekolahan
Hari ni la.. 02 Jan 2012..
2 notebooks and one planner 2012.. hehehe
3 batang pen hitam.. nak tulis apa pun tak tau
Tu ja nak cerita..
Bye bye


p/s: Today, I also got a gift from someone....unexpected & awesome... (^____^)

Anugerah Terindah

Di saat jiwa berduka
Kau hadir menghapus lara
Di saat hati enggan berkata
Kau hadir bersama senyuman memberi makna
Di saat aku bimbang tak bertepi
Kau datang berkongsi rasa
Di saat aku takut di lambung badai
Kau datang mencurah api semangat
Syukur adanya kamu
Sesungguhnya kamu adalah anugerah terindah buat diriku...