Wednesday, August 28, 2013

Lawatan Penanda Aras ke Sarawak

Selamat Datang ke Sarawak!!Akhirnya.. setelah merancang dari tahun lepas, maka, hasrat terlaksana. Persatuan Guru B&K Sek Men Perlis telah berjaya menganjurkan satu lawatan Penanda Aras ke Kuching Sarawak pada 21 – 24 Ogos yg lalu. 4 hari kat sana, banyak juga perkara dan pengalaman baru bg saya terutama MAKANAN. Bestnya, sedapnya... terutama mee kolok, mee jawa, mee kampua, ayam penyet.. mcm2 lagi. Yg best, setiap kali breakfast.. selain roti canai, kami order mee kolok.. hehe.. nampak sangat jakun, kannn?? Jom tengok..
Muka-muka baru bangun tidur..hehe.Bertolak dari Perlis pukul 12.00 mlm dan sampai Penang pkl 3.30 pg. Flight ke Kuching pkl 7.05 pagi.. so, apa lagi melangut la kami beramai-ramai macam pendatang yg tersadai di tepi jalan...
Naik ja kat atas flight, terus lapaq...masing2 nak order nasi lemak Pak Nasir tp tak ada. Maka, makan la nasi hujan panas dan kopi o. Huhh.. sedapppp.. *eh.. apa yg tak pernah sedap ha?
Sampai di airport disambut oleh Pengerusi MGK Sarawak iaitu Cikgu Robert. Then terus ke  tempat penginapan iaitu Pusat Latihan Sarawak dan kami disambut dengan mesra oleh staf PLS.  Kami diberi sedikit taklimat berkaitan penubuhan PLS. Bilik selesa, 2 orang sebilik tanpa aircorn. Tapi yg penting, FREE..tq PLS.
 
Selesai berehat dan mandi-manda, kami dibawa bertolak ke Taman Budaya
Kami dibekalkan dengan sebuat buku seperti pasport untuk mendapatkan cop bg setiap rumah yg dilawati. Ya Allah.. best tapi sangat penat sebab kawasan yang sangat luas dan banyak view yg sgt cantik untuk bergambar. Yg lawaknya, setiap sudut nak bergambar, sampai cikgu2 lelaki pun berbabit sekali.
 
Persembahan yang ada di situ mengikut masa yg ditetapkan. Kami tonton show ni pada pkl 3.00 ptg.. menarik dan unik.
 
Mee kolok biasa dan mee kolok goreng
Hari kedua, kami telah melawat ke STAR (SMK Tuanku Abdul Rahman, Kuching). Memang 10 bintang la sekolah ni!!.Even, hanya sekolah harian tapi SANGAT BERSIH dan CANTIKKKKKK. Budak2 sangat tertib dan ikut peraturan.. *Kagummm
Kami disambut mesra oleh guru-guru dan Puan Pengetua dengan iringan tarian tradisional oleh para pelajar (mana nak jumpa Pengetua yg turun sekali menyambut tetamu yg biasa2 seperti kami ..hebatkan Pengetua tu.. sangat merendah diri)
Inilah Puan Pengetua STAR, Pn Rakayah Haji Madon. Sikap beliau dan penampilan memang sangat simple tp bila bercakap... terserlah kredibiliti beliau sebagai pemimpin..(beliau tidak suka dipanggil gelaran Puan, cukup panggilan cikgu..)*** Kagum 1000x
Inilah bilik kaunseling STAR (Kaunselor Pn Norehan Bakar).Cantik dan penuh berinformasi. Berbeza dengan bilik saya..hehe.. tak pa.. cabaran.. lepas ni, kita pulun menceriakan rumah rezeki kita pula!! **Pengetua depa turut memainkan peranan mencantikkan setiap sudut sekolah
Jamuan yg disediakan - laksa sarawak, kek dan kuih  *x ingat nama..
Hari ketiga- Lawatan ke Fakulti Sains Kognitif & Pembangunan Manusia, UNIMAS. Disambut oleh pensyarah dan Ketua Jabatan Kaunseling dengan mesra. Melawat lab kaunseling dan kami diberi peluang mencuba peralatan kajian mereka..rasa mcm org intelek sekejap..hehehe..
Sebelah malam pula kami diraikan dalam satu majlis makan malam oleh MGK Kuching yang diadakan di UCSI. Makanan sedap dan layanan bagus sgt.
Tahniah MGK Perlis. Tahun depan kita ke negeri lain pula. Terima kasih utk MGK Kuching & Samarahan sebab bertungkus lumus membantu kami menjayakan lawatan ini.
 
 

No comments:

Post a Comment