Friday, August 16, 2013

Cerita Raya

Selamat Hari raya Aidil Fitri 1434H
Rasanya mood syawal masih ada
Masih sibuk dengan puasa syawal
**org lain sibuk puasa 6
Saya pulak sibuk ganti puasa  :)
Ok la kan!! Janji puasa bersama dengan Incik Suami

Seperti selalu, raya pertama kat rumah sendiri
Selepas solat sunat aidil fitri kat Masjid Jejawi
Then kami pun balik beraya kat rumah mak saya *dekat ja pun
Semua adik beradik berkumpul, sibuk betui
Adik saya merangkap ketua chef hari tu
Dia prepare bihun sup dan sate
Memang sibuk membakar sate hari tu
Majoriti tetamu mak saya nak makan sate
So, sibuk la Incik suami ambik alih jadi tukang bakar sate
**siap berbaju melayu dan bersampin
Tapi duk kat dapur.. kesian dia.. berpeluh-peluh..hehe

Raya kedua, barulah kami berkumpul kat rumah kakak sulong Incik Suami di Wang Kelian
Masak beramai-ramai untuk makan tengah hari
Gulai ikan, kerabu pucuk paku, masak lemak rebung, ulam-ulam, ikan bakar
Lepas makan nasi, terus ke kebun buah-buahan mereka
Besttt.. panjat pokok dokong, rambutan, langsat sambil makan cempedak dan durian bantal mas
**Nikmat betuiii...

Raya ketiga, terima jemputan kenduri kahwin kat Kuala Perlis
Lepas tu, terus beraya ke rumah kakak ipar di Kodiang
Dihidang dengan laksa.. huh.. makan lagi..

Raya keempat?
Saya dah puasa.. :)
Dan akan raya esokkkk...Sabtu 17 Ogos.. yess!!!

No comments:

Post a Comment