Friday, February 8, 2013

saya dah tak kisah



Kadang-kadang saya malas nak ambil tahu
Rasa bebas bila berada dalam ruang diri sendiri
Kadang-kadang malas nak bertanya lebih-lebih
Bimbang semua bertimbun dalam fikiran

Kadang-kadang saya rasa lebih baik tak tahu
Daripada terlebih tahu
Biarpun dikata tak alert pada persekitaran
Mungkin lebih baik begini
Sekadar memerhati, menganalisa
Tak payah fikir sebab musabab
Harung saja apa yg akan berlaku
Atau pun tunggu dan tengok saja

Kadang-kadang saya rasa sifat tak kisah pun baik
Walau pun bijak pandai kata pemalas
Saya tak perlu jadi terlalu prihatin
Pun tak mahu jadi perfectionist
Sekadar sederhana

Kadang-kadang terlalu baik pun akan bermasalah
Nak beri kasih dan sayang pun was-was
Takut memakan diri sendiri
Cukup sekadar ada secara fizikal
Biar akal dan perasaan di tempat tersendiri
Mungkin saya akan lebih bahagia begini...

No comments:

Post a Comment