Wednesday, February 27, 2013

kalaulah kamu boleh lihat hati aku



Kalaulah kamu boleh lihat hati aku
Pasti kamu akan tahu
Betapa tingginya nilai diri kamu kepada aku
Betapa hangatnya kasih aku kepada kamu
Betapa suburnya ingatan aku kepada kamu
Betapa indahnya suara kamu kepada aku

Kalaulah kamu boleh faham hati aku
Pasti kamu akan tahu
Bagaimana peritnya menanggung sarat rindu
Bagaimana dinginnya ruang hati tanpa kamu
Bagaimana resahnya mengingati kamu
Bagaimana siksanya menahan beban demi kamu

Kalaulah aku boleh memberitahu setiap waktu
Siapa kamu di sisi hati aku
Kalaulah...

Zeeta: masa tak akan berulang kembali, jika aku menoleh sekalipun, semua akan tetap sama...

Tuesday, February 26, 2013

awak pasti ada untuk dia?



Awak,
Dia tak yakin lagi
Dan sekali lagi tidak pasti
Adakah senyuman manis itu layak utk dia?
Atau mungkin dia patut pejamkan mata saja
Biar ia jadi mimpi belaka

Awak,
Masih kisah tentang dia?
Tentang dunia dia
Tentang kecintaan dia
Atau tentang rindu dia?

Awak,
Awak pasti awak untuk dia?
Sanggup harungi demi dia?
Redha tentang tingkah celaru dia?
Atau sekadar permainan sahaja?

Awak,
Kadang kala dia pentingkan diri
Terasa benar susah tak terperi
Awak menahan rasa melihat tingkah begini
Sabarnya
Aneh! siapa awak ni?

zeeta: cuaca berubah, manusia turut berubah, tapi kenangan sukar diubah...

Friday, February 22, 2013

dia memang begitu...



Awak: awak?
Dia: ya, awak
Awak: terima kasih
Dia: sama-sama
Awak: tanyalah kenapa..*paksa*
Dia: Oh, ya ka? Kenapa?
Awak: Sebab ada...
Dia: *senyum*

Awak,
Dia pernah beri satu petanda
Tentang cerita lama kita
Dia sendiri tak yakin bila bicara
Tapi awak tenang menerima

Awak,
Bila dia tanya kenapa terima
Awak kata sebab dah suka
Dia suruh fikir sebelum kata
Awak senyum manis bak gula

Awak,
Dia kata rindu kerap bertamu
Resah mengingat wajah comel kamu
Membilang hari dan detik berlalu
Dia tidak tahu sama ada masih mampu
Hanya masa dan takdir yang tahu


Zeeta: bertahanlah sehingga tiada lagi embun kasih menitis!!



Thursday, February 14, 2013

maafkan dia



Awak,
Maaf
Maaf
Dia minta maaf ni...

Awak,
Dia tahu awak selalu ada *barangkali*
Awak pernah lihat dia jatuh
Awak pernah lihat dia bangkit kembali
Awak pernah lihat dia selembut salju
Awak tahu dia boleh kejam beremosi
Awak mungkin tahu...

Awak,
Dia tahu awak pernah buat dia terharu
Bukan sedikit usaha itu
Dia tahu awak sentiasa buat dia tersenyum malu
Hanya dengan sikit pujuk rayu
Dia tahu awak kerap berusaha mahu memahami
Setiap inci perasaan yang dia miliki
Dia tahu awak jarang membiarkan dia berseorangan
Berusaha, biar di alam maya

Awak,
Awak melihat dia ceria dalam berkata
Dia pula berselindung di balik tutur bahasa
Awak menyaksi dia gembira bak menang sejuta
Dia pula berkias berlakon semata
Demi awak - dia kata

Awak,
Maafkan dia
Awak tetap kesayangan dia
Eh.. bukan!
Dia pernah menyayangi awak
Ternyata awak sangat indah baginya... 

Zeeta: mengharap bumi berputar mengikut paksi dan bulan tetap di sisi...