Friday, November 30, 2012

teringin nak makan tu...



Hai! Nak jugak update sebelum Disember..*hehe*
Hari ni rasa nak makan masak lemak ikan merah campur dgn belimbing buluh
Walaupun, hakikatnya saya langsung tak pandai masak "masak lemak"
rasanya, akibat terlalu banyak terdedah pada blog masakan orang
maka, terliur dan teringin..hehe..
So, semalam masa balik rumah mertua, sempat saya panjat pokok belimbing tu dan ambik buah dia.. 
pokok tu tinggi sikit...percaya?
Tak lah, lompat sikit2 ja.. dapat beberapa bijik.. kira ok la..
Janji dapat apa yg diidam..

Mungkin rezeki saya jugak
Pagi tadi pi kedai runcit
Terus nampak ikan merah comel2
Apa lagi.. rezeki lol...


So, ni semua hasil main masak2 masakan saya hari ni
eee.. tembikai saya tak masak tau *jgn silap*
Jemput makan semua!

Tuesday, November 27, 2012

hujan



Hujan lagi!
Best sangat di kala hujan
Dapat tengok semua pokok2 basah dek hujan
Saya rasa cam “wah! Best...”
Terus bukak pintu luas2, melangut tengok titis hujan yang turun di teres rumah
So heaven.. then makan pulak buah tembikai merah..nyummmm..

Tadi saya buat puding oreo sbb teringin sangat nak makan
Then Miss Alya request nak puding karamel lagi
Tak jemu2 makan puding tu.. rasanya dah 4 kali buat

Tadi pi sekolah sat, pinjam novel dari Umi
Rasa cam boring sangat..dah la sarat rindu dkt org tu..
Nak feeling romantik sikit la
Baca novel sambil kunyah kacang putih coklat whittakers.. :)
Bye!

“rindu itu perit dan sakit but giving us some space of our own menjadikan rindu itu lebih selesa - kata orang”

Monday, November 26, 2012

blank



I miss him so much. I wish he is here now.
May be in my dream, ok lah!
Tried to be strong, but it is not easy.
I think I’m too childish... hehe..
Forgive me..

Sunday, November 25, 2012

aktiviti hari ini



Semalam hujan, hari ni pun masih hujan
Rasanya memang kena ready untuk banjir ni
Berita kata Padang Besar pun dah nak kategori bahaya
Jangan la Kangar pun banjir lagi mcm tahun lepas
Bosan betul sbb terpaksa berhibernasi kat rumah
Sebab taman perumahan saya akan jadi sebuah pulau..
maka terbantut la aktiviti meronda..hehe..

Pagi tadi terlebih rajin, nak ikut Incik suami berjogging (lebih kepada jalan2 sebenarnya..)
Pusing kampung2 keliling jejawi
Best la.. hirup udara segar..
Time ni, anak2 semua tak bangun lagi
So mak bapak ambik peluang berjalan2 berdua.. :))

Tengahari tadi pi makan kenduri kat Taman Alor Lanchang
Kenduri berkhatan anak kawan Incik suami
Lepas asar, incik suami pi balik IPSAH
Maka, tinggal lah kami anak beranak..huhu..

Malam ni saya terlebih rajin
Susun semua baju2 kurung ikut kaler
Dan sempat kira jumlah kaler yg saya ada :)

 ni baru sebahagian tau! hehe..

Happy holiday my friends!! Have fun..