Wednesday, February 13, 2013

menulis tentang cuti, boleh dapat A?



Awak,
Dia datang lagi
Baru semalam dia diketepi
Apatah lagi dalam situasi begini
Buat dia resah kembali
Berkocak, bergolak tanpa henti
Apa awak sedar atau buat tak tahu?

Awak,
Dia datang selalu
Tanpa rasa malu
Membawa seguni rindu
Dan sekarung pilu
Tak terpikul dek bahu
Memang dia tak mampu

Awak
Beginikah rasa?
Atau awak rasa biasa?
Bergembira setiap saat seperti raja tanpa istana
Biar marhaien yang sengsara
Pun tidak mengapa
Dia kata biarkan saja
Sebenarnya kita serupa....

Zeeta: sudah tahu bertanya pula, memang suka cari bala..hehehe..
Selamat bercuti semua!!!

Tuesday, February 12, 2013

awak, ini cerita kita



Awak,
Cerita ini bermula di balik tirai
Walau dia bahagia, ikatan bisa berderai
Jarak dan waktu mampu terlerai
Dia bimbang, awak?

Awak,
Dia sudah letih menunggu
Awak kata dia pentingkan diri
Suruh dia faham dan mengerti
Pesan-jangan goyah apa yang dimiliki
Takut dikendong jatuh sendiri

Awak,
Dia faham dan tahu
Malah dia sanggup menjadi bisu
Melihat dan menunggu
Siapa yang mula, siapa yang dulu
Dia resah, kelak membeku
Biar dia pergi usah di ragu

Awak,
Dia kata ini semua ujian
Dia akan pergi dengan senyuman
Elakkan pertelingkahan dan keraguan
Nak bina semula impian
Biar selamanya tetap kesayangan
Walau hanya sekadar khayalan...

120213 : orang kata lebih baik berpisah ketika masih sarat dgn sayang... 
*Happy birthday Najwa*

Monday, February 11, 2013

cerita Januari & Februari



Assalamualaikum
Maaf, cerita ni dah lama dlm draft saya
Banyak benda nak story, tapi tak tau nak mula
Mula-mula nak cerita hal sekolah
Cerita sedih, one of my best friend kat Putra dapat offer jadi lecturer muzik kat Maktab Penang 
Cikgu Asyira (baju biru)...bye sayang..nanti kami pi melawat shopping penang kat hampa na!!
Roadrun SMK Putra pada 1 Februari yang lalu.. saya cikgu rumah kuning ye..bukan atlet rumah kuning.(Eh.. kenapa saya rendah sangat)
Saya dan bf, Hasmah di Majlis Makan malam sempena Majlis Persaraan PK Pentadbiran, Pn Salbiah Abdullah yang telah tamat perkhidmatan mulai 31 Januari 2013 yang diadakan di Putra Palace, Kangar.
Miss Alya dpt tempat pertama merentas desa kat sekolah dia
(rasanya dia pulun lari sebab nak kan hamper tu kot)
hairan saya, cam na dia boleh jadi atlet sukan, pada hal mak depa..
lari dalam guni pun belum tentu menang
Abg Azim pulak dapat johan tarik tali  
(acara paling sesuai dengan badan dia..hehe)

Hari keluarga sekolah Incik Suami yang diadakan di Pak Bara Resort, Thailand
Saya join the group, bertolak ke sana dengan konvoi 14 buah kereta
Kami turut ke Songkla dan Hatyai
Best.. lepak, makan, shopping

Zeeta: Kegembiraan mesti dicipta, tak akan ada jual di kedai...