Thursday, May 31, 2012

Wednesday, May 30, 2012

Shooting dengan Masterchef...ehem..ehem...

Assalamualaikum...
Ala..tajuk tak boleh "like"..hahaha..
Sebenarnya, hari ni Juara dan Naib Juara Masterchef, Dr Ezani Farhana dan 
Incik Wahidan datang buat shooting rancangan masakan negeri Perlis
Depa buat kat Villa Najwa

Last Sunday, si Najwa call ajak ikut program tu
tapi aku rasa malas (dan malu)
tapi pagi-pagi buta tadi Rozie call, ajak pi jugak ke Villa Najwa
so, memandangkan hari ni tak dak aktiviti mulia
aku pun setuju le....
tempat pengambaran-Villa Najwa 

Najwa, Dr Ezani dan makcik resepi
tu dia..juara n naib juara Masterchef Malaysia 2011
tumpang sekaki (eee..tak malu!!)
tuan rumah Cikgu Ramzi n produser rancangan 
selebriti jemputan..kah..kah..(perasan!!)

Menu bagi negeri Perlis ialah Nasi ulam, sayur keladi dan kuih tepung bungkus
Tabik untuk Dr Ezani dan Incik Wahidan yg sangat friendly & sangat peramah
Harap mereka akan terus berjaya dengan cemerlang dalam bidang masakan...

Wednesday, May 23, 2012

Hari Kejadian -MSSM2012-

Malam Perasmian Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia
Isnin 21 Mei 2012, jam 9.00 malam
Stadium Utama, Kangar, Perlis.

Sebahagian saja pic yang sempat tuan tanah ambil *sibuk*

Tuan tanah & the gang

Saturday, May 19, 2012

Latihan MSSM

Hari ini ada latihan koir untuk Kejohanan MSSM
yg akan diadakan di Stadium Utama, Kangar, Perlis
Saya kena bertugas sebagai pengiring budak sekolah untuk koir
tapi sebenarnya, bukan sekadar guru pengiring naik bas
kena menyanyi (koir), menari (formasi), nurse (bila budak pitam)
pengedar makanan, tukang beli air dan macam-macam lagi
tapi nasib baik semua cikgu yang bertugas "satu kepala"
hari ni berjanji pakai baju merah
ecehh.. alasan...*senang cari kalau hilang*
cehhh..macam stadium Kangar besaq sangat..hahaha..
saja suka-suka..*mengembirakan hati sendiri*
tapi latihan hari ni memang best sangat
*walaupun muka jadi udang bakar garing*
sunburn gila...*tapi masih senyum*




Tunggu Raptai esok pulak
Oooo..Perasmian kejohanan ialah Isnin malam Selasa
dan Selasa CUTI...yahoo!!!

Friday, May 18, 2012

Terasa Hati


Dear me,

Hairan sungguh, dua tiga menjak ni aku mudah terasa hati
Sebut cerita A, kaitkan dengan cerita B.. aku dah mula sentap
Apakah? Aku terlalu beremosi?
Adakah aku sudah tidak penting lagi?
Mungkin kan?

Ada ketika terasa nak lari jauh dari realiti
Hanya mampu memberi tapi tak berupaya meminta
Nak larilah!!! Ke mana?
Entah..

Aku mahu memaafkan diriku
Mahu buka lembaran baru
Mahu membebaskan diriku dari prasangka
Mahu menjauhkan diri darimu jua
Mungkinkah?


I can only forgive, not forget
When it happen again, I wil learn to do both
Forgive and forget (YOU)
One day....

Wednesday, May 16, 2012

HARI GURU SEKOLAH SAYA


Selamat Hari Guru 2012
Tema yang diketengahkan tahun ini ialah
“Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Negara”
Hebatkan??
Semuanya tentang inovasi yang perlu dibuat oleh Guru-guru
Demi produktiviti anak-anak didik

Tahun ni saya merayakannya di sekolah baru
SMK Putra, Kangar, Perlis.
Banyak aktiviti telah dirancang oleh AJK yang telah dilantik oleh Tuan Pengetua
Permainan pilihan ialah Woodball *sebab Tuan Pengetua sangat expert*
Yang lain-lain ada nyanyian live band, bacaan sajak, sketsa dan macam-macam la
Jom kita tengok gambar yang ada...






Gaya tak kalah..hehehe...