Wednesday, February 8, 2012

Pesanan saya

Awak tak perlu gagah
Sebab saya memang suka awak
Awak tak perlu tampan
Sebab awak memang sempurna di mata saya
Awak tak perlu takut
Saya akan ada di sisi awak
Awak tak perlu kuat
Sebab ketabahan awak sudah cukup mendewasakan saya
Awak tak perlu risau
Selagi masih bernama kasih sayang
Selagi itu saya teguh berdiri
Awak hanya perlu senyum
Sebab itu ubat mujarab buat saya
Awak hanya perlu tahu
Di setiap ruang saya sentiasa ada awak...

Monday, February 6, 2012

Nak mimpi yang sama, boleh?


Biar Sampai ke Bintang  (Asmidar)

 
Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini

Aku tahu bukan mudah
Tapi mimpi ini harus satu
 

Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini


Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita

Kerna kita semua tahu
Kerana ini impian
Setiap satu dari kita

 
*pasti bahagia jika apa yang kita mahu menjadi kenyataan
biar hakikat berbeza, hidup perlu diteruskan
tanpa syarat*

*jangan resah, ini takdir
Allah Maha Mengetahui
Apa yang terbaik untuk hambaNya*

*biar hanya mampu bermimpi
tapi nak mimpi kita tetap sama*

Sunday, February 5, 2012

Kutip bahan kerjaya di Karnival KPT 2012

Sabtu 4 Februari 2012
ada Karnival Pengajian Tinggi di Stadium Alor Setar

 Ni iklan serata negeri ada


Saya merajinkan diri ke sana dengan ex-rakan sekerja, Kak Ta
Kutip semua bahan tentang Universiti Awam, Swasta dan semua agensi yang terlibat dalam pendidikan kerjaya (demi anak didik.. ececeee...)

 
Tuan tanah agak malas mensnap gambar
Terlalu sesak dengan manusia
Nak berjalan pun susah, asyik berlaga bahu
Tension betui...

Inilah hasil kegagahan tuan tanah
Berjaya membawa balik 86 jenis hand out dari setiap agensi yang buat pameran kat situ
Bengkak jari dan bahu duk membawa semua hasil rembatan
3 kali ulang alik simpan dalam kereta (macam peniaga siam pulak rasanya... hahaha..) 
Semua demi nak lengkapkan bilik kaunseling kat Putra.
Hebat tak saya???
Ni pulak gift yang saya dapat kat situ.
Banyak agensi yang baik hati bagi gift untuk guru-guru.
So, dapat tali leher, topi, kotak first aid, pensil case, t-shirt, planer,kalendar,keychain, buku nota, dan pen

Next year, kita pi lagi no...

-Sekian. Harap maklum-

Friday, February 3, 2012

Percayalah


Apa yang berlaku
Biarkan berlalu
Jangan diungkit lagi
Saya tak kisah
Dan saya tak akan meminta lagi
Percayalah...
Biarlah kita lewati
Ruang ini sebaiknya
Biarlah masa menentukan
Saya minta maaf
Sesungguh hati
Saya yakin dan pasti
Tak akan terjadi lagi
Maafkan saya sekali lagi...

Thursday, February 2, 2012

Siapalah saya


Siapalah saya...
Rasa nak merajuk tapi tak sampai hati
Puas meminta
Tapi tak dilayan
Kecewa sedikit
Dan berbekas di hati
Lepas ni, janji dengan hati
Tak nak mengharap lagi
Kalau boleh tak akan meminta lagi
Minta hati jangan mengalah
Buat-buat tak tahu
Biar jadi batu
Asalkan jangan mencair
Berapa hari boleh tahan?
Tiga jam pun dah mengelupur

Siapalah saya...
Dengar suara di hujung sana
Terus hilang apa yang dirancang
Bukan setakat cair
Meleleh air mata dan hidung
Sebak, hiba dan pilu
Tak terkata
Akhirnya diri yang rasa bersalah
Akhirnya diri yang mohon maaf
Siapalah saya disisinya  
Ish...ish...ish..

Monday, January 30, 2012

Jom dengar!


Penerang Hati – Sixth Sense & Saujana

 
Mencinta Mu tenangkan jiwa
Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cintaku


Oh takkan mampu ku jauh dari Mu
Satu nafas ku harap Kau ada
Hanya pada Mu Tuhan ku rayu

Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku


Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi


Jangan pernah kau menjauh
Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku