Awak,
Dia dikelilingi sarat
rasa rindu
Kadang-kadang dihambat
rasa cemburu
Cuma dia tidak berani
memberitahu
Biar dia terus membisu
Harap kamu tahu
Dalam hati dia ada
kamu
Awak,
Dia anggap ini cerita
luar biasa
Tak berdarah atau
terluka
Hanya cerita garapan
semata
Cuma cipta drama
bahagia
Antara kamu dan dia
Awak,
Dia tahu ini bukan
kenyataan
Bila-bila masa akan
berakhir
Hanya kerana awak dan
senyuman
Maka rindu terus menyesak dada
Sakit dan perit
katanya
Lalu ke mana harus dia
alamatkan rindu ini?
No comments:
Post a Comment