Thursday, June 27, 2013

Happy Birthday Azim

Happy birthday my dear Muhammad Azim Nazmi
Dah 10 tahun
Rasanya dah besar daripada mama nie..
Semoga Abang dipanjangkan umur dalam iman
Dikurniakan akhlak yang baik
Taat pada suruhan Allah SWT
Cerdas akal & matang dalam berfikir
Boleh membuat keputusan yang baik
Dipermudahkan urusan dalam menuntut ilmu
Dan menjadi anak yg baik utk mama dan abah...ok
Teruja
muka gembira nak order banyak2
Saya sedang makan..nyummy..
Penaja utama.. tq abah Azim


Tuesday, June 25, 2013

Hari Anugerah Kecemerlangan

Assalamualaikum...
Hari ni SMK Putra mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan 2013
Ada 3 acara berlangsung serentak iaitu penyampaian hadiah utk pelajar cemerlang di dewan besar, ada pameran dari agensi kerajaan & kelab/persatuan dan juga gerai jualan makanan di kantin sekolah oleh kelab/persatuan
Saya? Diletakkan sbg ajk pameran
That means sediakan surat jemputan sebelum majlis, kena duduk kat dewan terbuka/ tapak pameran dan pastikan semua agensi dapat tempat yg sesuai dan semua pegawai dapat jemputan ke jamuan utama
Mudah kan?

Sunday, June 23, 2013

Selepas sebulan, baru dirai.. pelik tapi benar

Assalamualaikum..
Nak cerita pasal sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Perlis
Yang benar 16 Mei ialah hari Guru
Tapi kat sini baru sambut semalam 22 Jun
Pelik tapi benar
May be orang-orang yg sepatut menguruskannya terlalu sibuk
Banyak kerja nak fikir
Banyak kerja nak urus
Tak pa la..
Janji cikgu cikgi boleh buat2 syok sendiri
Bayar duit sendiri, dapat roti planta dan air mineral..
Hehe.. *benar ni..
Tapi kali ni sambutan sangat lancar dan tak terlalu lama
Mula pkl 8.45 hingga 11.00 pagi.. dah settle..
Kira OK la tu..
Tahniah utk team Hari Guru Perlis!!
Pemuzik dan penyanyi di kalangan guru

Tuan tanah yg "terpaksa hadir" atas arahan bos

Saturday, June 22, 2013

Dia faham


Terasa nak berlari
Mula langkah perlahan
Lama kelamaan hilang dari pandangan
Mungkin lebih baik begitu
Sakit pun tak terlalu pedih
Duka mungkin tak terlalu dalam
Pergi bila tak diperlukan
Mungkin dia faham
Mungkin kamu pun faham
Lebih baik begitu...

Monday, June 17, 2013

Rindu masih ada



Awak,
Dia dikelilingi sarat rasa rindu
Kadang-kadang dihambat rasa cemburu
Cuma dia tidak berani memberitahu
Biar dia terus membisu
Harap kamu tahu
Dalam hati dia ada kamu
                                     
Awak,
Dia anggap ini cerita luar biasa
Tak berdarah atau terluka
Hanya cerita garapan semata
Cuma cipta drama bahagia
Antara kamu dan dia

Awak,
Dia tahu ini bukan kenyataan
Bila-bila masa akan berakhir
Hanya kerana awak dan senyuman
Maka rindu  terus menyesak dada
Sakit dan perit katanya
Lalu ke mana harus dia alamatkan rindu ini?

Saturday, June 1, 2013

mulut terkunci, hanya hati mampu berkata-kata



Bahagiamu Deritaku – Hafiz

Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu

Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu