Sunday, October 7, 2012

ahad saya begini, ahad anda?



Assalamualaikum...
Hari ahad yang tenang kan?
Rasanya, semua orang bahagia menyambut ahad
Perlis hujan.. suasana sejuk ja.. best..*tapi kain kat ampaian tak kering le!*
Ahad saya? Saya tak sihat..*fakta*
Tak demam, tapi rasa tak selesa
Malam tadi muntah dan tak boleh tidur dengan nyenyak
Anak2 pula tidur berhimpun dengan mama depa
Sebab incik suami ke perkhemahan daerah
Bangun pagi, hantar azim tuisyen
Ambik alih tugas incik suami sebab dia ke IPGM Sg Petani
Then pukul 10, ambik azim dari tuisyen
Terus saya makan ubat dan membuta sampai pkl 12
Bangun dan masak untuk tengahari
Selesai bagi anak2 makan, solat then tidur lagi
Hehe...macam baby ja..sbb asyik tidur memanjang
Tapi tidur dengan penuh gangguan dari ammar
Salah satunya, menumpahkan semua pewarna makanan dalam peti ais
Ala... pencelup merah kuning tu
Bila saya tanya “apa ammar buat ni?”
“ammar try ja..”
Aduiii... stres betuiii.. nak mop seluruh dapur
Yang best lagi.. dia lap guna kaki dia
Then berjalan satu rumah..comelkan anak saya?
Dah la dia pakai baju putih.. penuh dengan pewarna..
Grrr... rasa nak marah pun ada, tapi bila tengok muka dia.. alahai...!!
Pasrah ja lah.. then mop saja.. “lalala..sambil nyanyi lagu ombak rindu”



Miss alya pulak sibuk dengan aktiviti sains dia
Tah apa ujikaji pulak yang dia buat
Penuh dengan gelas, air, kertas dalam bilik study depa
Aduiii...
Orang kata, kita tak boleh merungut dalam membesar anak2, kan?
Betul.. saya setuju..
Maka, dengan aktiviti anak2 tadi, mama doakan anak2 akan jadi saintis terunggul
Hehehe...
Sekian, laporan ahad saya yang letih badan dan perasaan...

No comments:

Post a Comment