Wednesday, August 29, 2012

suka bila part nie!!

Assalamualaikum...
tertengok gambar perkahwinan Ustaz Don dalam beautifulnara
 
 
Ya Allah... suka la..sangat cantik pasangan nie..
hari tu pernah duk sembang dengan adik hanim tentang Ustaz Don & perkahwinan dia
punyalah saya duk puji kehenseman Ustaz Don
tetiba mak saya kata "ish, tang mana hensem ustaz hampa ni, mak tengok besa (biasa) ja"
hehehe.. terus saya kata "mak kena tengok betui2.. hensem tak sangga (sangat2)"
 
tapi saya paling suka part ni dalam sesebuah pernikahan
sangat suka..
sampaikan pernah paksa incik suami ulang semula part ni bila bersalam raya hari tu
hehehe..*gila sungguh..* 
tapi incik suami kata "ish... tak mau ahh"
*sedihhh..*

cantikkan scene ni.. suka sangat2...

Tuesday, August 28, 2012

soalan tanpa jawapan


Semalam bertanya satu soalan kepada incik kesayangan
Bukan soalan biasa, tetapi berbeza dari selalu
Terkesima dengan jawapan beliau
Agak2 apa yang terlintas di fikiran beliau?
Semalaman saya berfikir semula
Tentang kewajaran soalan dan jawapan tersebut
Malangnya, puas berfikir, saya masih gagal mencari alasan untuk soalan itu
Atau mungkin saya yang tak berani mengemukakan alasan
Mungkin...

Monday, August 27, 2012

dah mula kerja


Assalamualaikum..
Selamat hari bekerja
Ada yang Monday blues ka?
Kat sekolah saya hari ni, ramai cikgu2 yang pakai baju baru
Even bukan baju raya pun, tapi kira baju baru depa kot
Nampaknya mood raya masih segar lagi
Budak2 pun nampak awal ja breakfast kat kantin
Balas dendam selps sebulan kantin tutup
Yang bestnya, pagi2 bila saya sampai kat sekolah
Terus terbau keharuman nasi lemak kat kantin
Hehehe.. tercabar iman...
Nasib baik belum mula puasa 6 lagi
Hemmm.. esok kotttt...

 buat2 sibuk di pagi isnin


Tuan tanah yang tembam *sedih*

p/s: jumaat cuti pulak..!!yahooo..*cam budak kelas pemulihan ja..hehe*

Saturday, August 25, 2012

raya dah habis ke?


Assalamualaikum..
Masih beraya?
Rasanya semua orang dah mula balik ke lubuk masing2
Majoriti dah mula bekerja, kan?
Saya masih bercuti,maklumla guru, kan..
*sila jeles..hehehe*
Tapi mood raya dah mula berkurang
Tengok biskut raya pun sebelah mata je
*kalau tak.. sebalang pun boleh habis..*

 buat-buat terkejut tengok mercun *lakonan semula*

dulu2 masa pregnant pernah mengidam nak makan buah amra ni
so, masa raya hari tu pulun kutip kat Wang Kelian.. sedap!!

nie kerja incik suami *terlebih rajin*
semua rumput dibuang, nak ganti rumput baru..
landskap baru pulak

rasanya, dah habis cerita bab raya tahun ni
jom kita puasa 6 pulak, ada yang dah mula kan?
esok raya 6 (bagi yg berpuasa raya ke2)
semoga syawal ini mampu memupuk bahagia dari dalam jiwa kita...
sekian.