Friday, March 28, 2014

merajuk? tak lah...



Kata awak
Dia kuat merajuk.. manja melampau
Kata awak
Dia suka ditunggu dan nak dipujuk
Kata awak
Usia dah nak sampai penghujung
Tapi sisa kanak-kanak masih berbaki

Dia kata, kalau menyusahkan elok keluar saja
Biar hati tidak lagi sakit
Biar tidak menjadi beban
Memang selayaknya begitu....

Awak,
Jangan bazirkan masa untuk orang seperti dia
Kalau boleh tarik diri, silakan...

Monday, March 3, 2014

Dah lama tapi nak cerita jugak...

Assalamualaikum...
Dah lama tak menulis
Alasan? MALAS
Cerita bermacam-macam, cukup rencah sepanjang Januari - Mac

1. Jamuan makan2 sempena persaraan Cikgu Azhar
Cikgu Azhar yg dah relak kat rumah
 2. Ketua Rumah Sukan Kuning
Rumah merah paling havoc
Cikgu pompuan rumah Kuning... steady saja

rumah sukan paling cool, tak dak kontroversi.. baikkk saja
3. Kena hadiri Sidang Kemuncak Lembaga Kaunselor 2014
Kat Putrajaya
4. Program Maulidur Rasul 1435H
Jemputan PU Thowi
5. Program-program sekolah
Program motivasi ting. 3,5 dan 6
Dah, tu saja nak habaq... bye *jumpa lagi, bila? tahun depan kot...

 

Monday, January 20, 2014

Suasana baru

dengan harapan akan lebih rajin dan bersemangat menyambut 2014...

Tuesday, December 31, 2013

Episod baru

Good bye 2013...
Welcome 2014!

Harap-harap,
semua impian akan jadi kenyataan
semua harapan akan berjaya direalisasikan
Insya Allah.

Sunday, December 22, 2013

Semalam yang telah berlalu pergi

Semalam 21 Disember 2013
Semalam Hari Lahir saya
Semakin berkurang usia saya *kata dia*
Semakin menghampiri 4 series
Hari ni dah 39 tahun 1 hari
1 Januari 2014, saya dah masuk era 40an
Tapi tak kisah lah..
Saya tak kisah tua
Saya tak kisah muka berkedut
Saya cuma nak gembira dan bahagia
Saya cuma nak jiwa yg lapang dan tenang
Saya nak kawan2 yang baik2
Saya nak bekerja dengan rasa suka
Saya nak bergelak ketawa dengan selesa 
Tapi kan...
Saya nak dia ada
Walaupun dalam mimpi...
Apa? hehehe...

Wednesday, December 4, 2013

Catatan Ho Chi Minh City

Kejadian berlaku pada 25 - 28 November 2013
  • Seperti biasa, semua angan2 nak ke HCM bermula dengan sembang kosong kat kantin sekolah. Teruja tengok Kak E selalu berulang-alik ke HCM, maka saya memaksa "manja" kak shurizah untuk mengintai tiket murah ke HCM. So, atas inisiatif Kak Su maka "terbooking" la tiket dari Alor staq-KL & KL-HCM (pergi balik), hotel dan 30kg luggage dalam anggaran RM638.00. OK kan?
  • Bertolak dari AS ke LCCT jam 8.30 pagi hanya dengan 3 orang, saya, kak su dan kak shima. Sepatutnya 5 org tp 2 lagi ada hal. Lancar tanpa apa2 dugaan. Melepak di LCCT sehingga penerbangan ke HCM jam 6.50pm. Yg bestnya, sempat jumpa dengan kwn sekolah, Nonie yg baru balik HCM. Sembang sakan mengorek rahsia CARA membelanjakan RM.
melihat hasil rembatan kwn2 & berposing di airport HCM
  • Sampai HCM terus ambik teksi Vinasun (seperti yg diwar2 oleh semua blogger) terus ke hotel Nam De, 10-12 Nguyen Trai St. Ben Thanh Ward... hotel agak jauh dengan Ben Thant Market, agak rugi di situ kerana terpaksa naik teksi untuk pi makan dan shopping... tp bilik sgt selesa.. 3 katil queen.. husss.. bergolek sakan...
  • 26 November: pagi2 terus serang kedai makan kat area kedai halal.. dekat betui dengan Ben Thant Market.. apa yg saya beli di hari pertama? Tempah jubah dan sepsg baju tradisional vietnam, prada lace, kain satin cotton, tshirt, jubah lyca , kopi dan sedikit kacang bunga teratai. Nampak betapa tamaknya saya. TAPI semua tu untuk adik-beradikku dan kawan2 baik saja.. bkn berbisnes..Malam tu, kami meronda-ronda night market sekitar Ben Thant. Banyak brg2 kraf depa yg sgt cantik...teruja!
Nasi goreng mahai & pho yg sedap

Bandar HCM yg sibuk
tempat melabur duit

  •  27 November: seperti biasa, selepas sarapan, sekali lagi ke Ben Thant market. Sg Mekong? Tunnel? semua X pi pun, sbb matlamat hanya nak shopping sampai lebam.. hehe.. hari ni dah x membeli sangat, lebih kepada bergambar dan menambah sedikit brg untuk org2 tersayang. Kami pergi juga ke China town tapi tak reti nak beli apa2. Last2 balik saja. Pada malam, kami menonton puppet show.. menarik. Rugi kalau tak pergi.
menonton puppet show
(Baju merah)tu la En Ab Hadi..
  • 28 November: Penerbangan kami jam 10.35 pagi, so, selepas bersarapan terus keluar ke airport. Tak dak la pulak kejadian ngeri berlaku, cuma kena tegur dengan kas..m depa sbb lupa letak handbag kat tempat scanner..yg lawaknya, depa tak pandai langsung cakap BI.. dia boleh kata.."How time you fly?".. saya terpinga-pinga.. menatang apa.. nasib baik saya tak jawab " I cannot fly madam".. hehe.. kalau la saya jawab gitu, gamak2nya kena lokap...hehe..
  • Tapi yg tragisnya, bila sampai balik Malaysia, Ka...m Mal..s.. pulak sibuk bukak beg baju. Depa siap minta cukai RM300.00 setiap sorang dari kami. Dah la letih, kena pulak dengan kas..m muda belia, dia tak pakai uniform pun.. tapi banyak betui kerenahnya.. sedangkan kami tak beli untuk berniaga pun.. hanya beli untuk sendiri saja..tapi alhamdulillah, boleh dikurangkan... lega.
  • Moralnya, kalau nak ke tempat sebegini, ambik 40kg luggage. Sedia duit untuk makan sbb makan sgt mahai, sarapan pagi nasi goreng dan air kopi ais RM21 seorang. Tapi kena makan jugak kan? Memang boleh kaya kalau berniaga makanan halal kat sana. Mcm pengurus Warung 1Malaysia, En Ab Hadi Law Abdullah, beliau dah fasih berbahasa vietnam sbb dah duk sana 11 tahun.. anak isteri dia duk negeri sembilan.. sanggup ulang alik KL-HCM.. kalau kita, sanggup?
  • Tak perlu tukar dong banyak2. Cukup hanya sejuta atau 2 juta dong, just untuk makan dan urusniaga teksi atau van atau tiket (Tempat makan halal tu pun boleh bayaq duit RM). Tawar bersungguh-sungguh ye!! Semua belian kat market Ben Thant boleh pakai RM, lagi murah.Majoriti peniaga boleh berbahasa melayu yg mudah, jadi x dak masalah.
barang belian untuk adik beradikku