Tuesday, May 27, 2014

Hari Keluarga Sekolah Saya

Assalamualaikum...
Ehem... tajuk macam karangan darjah 4. Tapi ok la.. Kejadian hari keluarga yg dianjurkan oleh BKGK sekolah saya telah berjaya..#berjayaka? diadakan di Swiss Inn Sg Petani pada 17-18 Mei yg lalu. Walaupun byk halangan dan cabaran (terutama drpd guru2 yang over, suka cari masalah, suka buat rumit dan suka provokasi) sehingga program ini hampir dibatalkan. Namun atas semangat geng2 BKGK terutama org kuat... Cg Nizam, Cg Shima, Che Nonie, Melia n Che Liza... program tetap berlangsung. Hebat depa ni.. mampu tepis semua halangan dari geng2 mulut puaka.. hehehe..#ragam manusia mcm2..

Program bermula seawal pagi 17 Mei di Carnival SP.. semua anak2 guru dibawa bermain di situ. Mana kala yang tak bawa family akan terus ke Amanjaya Mall untuk bermain/bertanding bowling..


Pertandingan secara individu... Pengetua turut bertanding dan menang tempat ke 10.. kira hebatlah..Rupanya banyak guru2 yang sporting kat Putra ni.. bestla..then kami beramai-ramai pi makan kat satu resto.. order beramai-ramai.. makan macam nak pi perang. Tiba time bayaq semua gelabah.. mai bil..tengok2 RM300..hehe..padan muka.. apa lagi, macam budak2 asrama..kutip duit sorang RM50 (depan2 cashier pulak tu).. hehe..
Sebelah malam pulak diadakan pelbagai acara bg memeriahkan program. Antaranya, pertandingan mewarna utk anak2 cikgu, cabutan bertuah, teka siapa saya, lagu hari guru dan penyampaian hadiah bg  acara bowling.


Keesokan pulak, ada LDP yang dikendalikan sendiri oleh Tuan Pengetua. Maka, kami telah dibahagikan kepada bbrp kumpulan untuk merancang pelan strategik sekolah.

Maka, selesailah program Hari Keluarga Putra 2014 yg telah meninggalkan kenangan manis untuk kami semua. Aminnn.. Syukur Ya Allah..


Sunday, May 18, 2014

awak

Dengan awak dia tidak boleh mengharap keajaiban
Kerana dia tahu manusia sibuk seperti awak
Tidak akan ada ruang seminit untuk dia
Dia bukan sahabat pilihan
Dia sedar... pergi lah
Hati dia boleh beku dan kering
Tak kisah lah
Pilih lah orang lain
Dia boleh bawa diri sendiri...

Friday, May 16, 2014

hari guru 2014

Selamat Hari Guru
untuk semua guru yang merasa dirinya seorang pendidik
yang sering bertungkus lumus untuk pelajar
yang sedia berkhidmat pagi hingga malam
bukan demi wang atau pangkat
hanya sekadar gembira merai kejayaan anak orang lain
hanya menumpang harap saham di akhirat
tahniah untuk semua guru...
yang pasti kita hebat
sebab masih bertahan dalam semua situasi
dan keadaan, sikap, mentaliti, egoism
anak-anak didik yang datang bersilih tahun
bertugas di pintu pagar pada pagi hari guru
 Perarakan masuk ke Dewan Putra
Antara persembahan pelajar dan guru pada hari tersebut

15 Mei: pertandingan bola jaring antara guru dan anak murid
ejas sampai muat bip.. sbb semua guru dah masuk zon extra size