Wednesday, November 20, 2013

Seminar di hari cuti sekolah

Kat surat tertera kata "Jemputan ke Seminar S.P.A dan Perkhidmatan Awam" kepada guru-guru Bimbingan & Kaunseling Sekolah Negeri Perlis. Maka, kata disebalik surat ialah "wajib"..hehe.. Tapi kami suka aje.. sebab boleh jumpa kawan-kawan (walaupun cuti).. kami tak kisah pun...!
Kesimpulannya, seminar yang sangat baik dan bagus sbb banyak info berguna yang boleh kami sebarkan untuk anak-anak murid kami kat sekolah. Dan tak sangka, Pengerusi S.P.A iaitu Tan Sri Mahmood Adam sangat mesra dan humble... sukanya style beliau... tak terlalu protokol dan sangat friendly.. Tabik Tuan!!!
Majlis ramah mesra bersama Pengerusi SPA
Taklimat oleh En Mohd Shaiful Ibrahim
Bertiga & bersembang saja :)
Geng guru B&K
Muka excited



Thursday, November 14, 2013

Pi penang


-Masa kejadian pada 13 November 2013 (Rabu)-
lokasi pertama
bersama kak Hasmah- tokey koperasi aka penyumbang duit bayar bas
cikgu yg lebih teruja macam tak pernah tengok rama2
pelajar pompuan cun melecun

pelajar laki2 yg kacak

Saturday, November 2, 2013

maaf, saya masih belajar...



Saya belajar dari kesilapan lalu
Jangan menunggu
Biar dia dengan cara dulu
Biar dia sejahtera
Biar dia bahagia
Biar dia gembira
Kerana saya tahu
Saya tak akan ragu
Dia akan berlalu....
Yang pasti
Saya tak akan menanti
Takut perit melanda hati
Dia bukan milik saya lagi...
Saya tahu dia bakal pergi
Tak akan ada kompromi
hanya bayang di sisi
saya pasti..
maaf, saya masih belajar memahami...

Friday, November 1, 2013

Bila anak berkata-kata...



Anak Pertama (11tahun-lelaki)

Anak: Mama jampi serapah apa ni.. semua masakan mama sedap?
Mama: Laaa.. mama masak dengan kasih  sayang.. tu yg sedap...
(actually, mama x reti masak pun, hanya goreng daging  dan sup sayur je...)

Anak Kedua (9 tahun-perempuan)

Anak: Mama, semalam kakak beli chess wafer utk mama.. mama  ambik bawa bekal pi sekolah
Mama: Kakak makan la...
Anak: Mama ambik la.. kakak jaga badan
(amboiii, anak tu badan sekeping sepapan, mama gemusss..)

Anak Ketiga (4 tahun-lelaki)

Anak: Mama... adik nak pi toilet..jom teman!
Mama: Mama sibuk dik..suruh abang atau kakak teman..
Anak: tak mau... Mama lebih cantikkkkkk
(tak dak kena mengena teman pi toilet dengan cantik, kan?)