Thursday, December 20, 2012

20122012



Hari ni 20122012
Cantik kan tarikh ni?
Ada sapa2 nak jemput kenduri kahwin?
Boleh makan nasi kenduri dan gulai kawah
Emmm.. sedapnya!
Atau org tak buat kenduri hari ni sbb hari khamis?
Ooo..lupa..

nak bertahan atau berundur?



Niat di hati nak lepaskan tali yang dipegang
Tapi masih berdolak dalih lagi
Terasa sayang masih mengunung tinggi
Rindu selalu menebal di hati
Kasih sentiasa mekar di hati
Habis tu?
Susahnya nak buat keputusan
kalau dibicara di mahkamah hati
Agak2 boleh menang tak?
Pasti banyak bukti dan hujah yang dibentangkan
Ish.. macam mana ni?
Bertahan atau berundur?

Wednesday, December 5, 2012

berlakon?



Sabaq ja la...
Dua tiga menjak ni anak2 saya suka benar cerita kartun phineas and ferb 
(channel 617)
Tiap2 malam depa 3 beradik duk melangut depan TV
Teleku cam nak ambik exam spm yang paling mencabar IQ
Padahal.. ish3..
Yang bestnya, depa off kan suara TV
Depa bertiga yang duk buat dialoq sendiri
Macam2 yang saya duk dengaq dialoq lawak depa
Sakit perut nak tergelak
Hari tu depa ajak saya join sekali
Tapi saya tak boleh nak se kreatif depa
Asyik dialoq skema ja..
Si Ammar pun bukan main pandai mainkan peranan perry (platipus)
Bukan main lagi depa bergelak 3 beradik
Bila ada yang buat lawak bodo..
Hihihi...*tumpang gelak dr jauh*


Saturday, December 1, 2012

dah 13 tahun rupanya...

Happy anniversary to me & Incik Suami
Dah 13 tahun dah kami bersama..
Dulu2 masa zaman muda2 dulu selalu kita tertanya2 sapa la agaknya jodoh kita kan?
Tengok secret admirer (SA)  yang cute mute sikit.. Apakah???
Inilah yang dikatakan ketentuan Allah SWT
Adil dan saksama..

Untuk Incik Suami,
Semoga lebih sabar dengan saya, terimalah kelemahan saya, segala perangai emo, kuat merajuk, mudah sentap...hehe..sabaq ye!
Dress utk akad nikah dulu2
(ps: kak cik kata vintage stail..hehe..)
Dress untuk hari kenduri
(wlpun suka pink, tp x gamak nak bg suami pakai pink..
Alih-alih saya pilih biru)

Malangnya, semua dah tak muat
Saya dah GEMMMuk la..!!*tarik nafas*
Sekarang bg almari pakai la..
Or simpan utk Miss Alya
Tinggal kenangan je la.. :)